 |
|
Sunday, March 19, 2006
sesi latihan untuk malam kelab sukan dan rekreasi
Gambar sesi latihan.kali ini kami akan membuat persembahan zapin logamaya gerak tari campuran zapin tengelu,zapin pulau, dan zapin pekajang.
Posted at 09:05 am by nadzigx
Permalink
Saturday, November 05, 2005
selamat hari Raya Aidilfitri
Posted at 07:35 am by nadzigx
Permalink
Sunday, September 11, 2005
Alhamdulilah sukur kepada tuhan akhirnya usaha kumpulan Akar budaya berjaya juga menampakan hasil.Kumpulan akar budaya menjadi juara zapin pada malam itu.Kami membuat persembahan mengunakan lagu zapin rajuk rindu dari Noraniza idris.Lagu rajuk rindu yang rancak dan di tambah dengan sketsa berjaya memikat hati juri pada malam itu. Terima kasih buat cikgu Kojep yang berusaha keras melatih kami, buat ahli akar budaya sendiri sha,fa,zul ila dan aup juga buat En Rashid Hanifiah.
Tengah berdebar menunggu giliran
Bergambar bersama Sm S5, En Rashid dan rerakan lain

Cikgu Kojep tengah memberi tips
Posted at 07:41 am by nadzigx
Permalink
Wednesday, June 22, 2005
Posted at 10:13 am by nadzigx
Permalink
Dah dekat 1 bulan tak update blog ni sebenarnya abg sedikit sibuk dengan urusan kerja yang memenatkan group zapin abg pun belum mula latihan.Ini kerana ade ramai staff yang baru masuk kerja ade 7 orang baru so nak kena ajar segala hal tentang kerja.Sememangnya pening nak mengajar 7 orang baru ni nak kena sabar.Citer pasal zapin ni abang sekarang ni tengah mianat kat sorang penyanyi indonesia namanya Iyeth Bustami yang menyanyikan lagu lagu tradisional melayu.Mula ceritanya begini masa tu abg tengah tengok tv (RCTI indonesia) yang tengah menyiarkan vid clip si iyeth Bustami ni judul lagunya Laila Canggung (irama zapin).Semenjak dari hari itu abg terus mencari cd si iyeth Bustami ni tapi takde jual pun kat JB ni.Kebetulan abg ade member chat dari indonesia so abg kirimlah kaset Iyeth Bustami ni, nak beli cd kata member abang ni iyeth takde keluarkan album dalam bentuk cd so takde pilihan kaset pun kasetlah.Bila dah dapat album tu puhhhhhhh seronok sebab hampir semua lagu lagunya sedap ade 4 lagu zapin 1 joget yang lain tu lagu irama melayu.Lontaran vokal yang mantap dalam lagu Laksmana Raja dilaut dan laila Canggung buat abg terpukau memang besh lah suara dia.Citer pasal lagu zapin si Iyeth Bustami ni yang istimewanya muziknya yang menarik ade juga di selitkan Kopak.Abg sebenarnya tertarik untuk mengetahui zapin indonesia yang tak jauh bezanya dengan zapin di sini.Kalaulah si Iyeth ni dapat berduet dengan Ratu pop etnik negara kita tentu best kan siapa lagi kalau tak Noraniza Idris.
Posted at 09:54 am by nadzigx
Permalink
Monday, May 30, 2005
Hi kenkawan semua pe kabo..rasanya dah lama abang tak update blog ni bukan nak menyepi tapi
beze sket.Perasan tak nama saya dah bertukar kalau dulu pakai nama nadzigx sekarang dah Abang nasa .Bukannya ape cuma ade kenkawan yang cakap nama nadzigx tu kureng sesuai sebab susah nak sebut. Lepas ni pun Abang nasa nak gunakan bahasa bahasa yang mudah bahasa owang sekarang hehhehe. Sebenarnya kebelakangan ni beze sebab tengah dalam perancangan nak tubuhkan kumpulan zapin di tempat kerja.Semangat nak berzapin ni datang semula selepas abang terjumpe member lama abang yang skang ni tetiba aje sibuk berzapin.Dulu dia ni tak pernah berzapin dan tak minat zapin tapi sekarang ni tetiba aje berubah katanya dia menyesal tak berzapin dari dulu.So skang ni abang tengah kumpulkan ahli ahli kumpulan yang terdiri rerakan di tempat kerja abang, susah gak nak ajak kenkawan berzapin ni memacam alasan lah yang di beri tapi takpelah skang yang berminat dah ade lebih kurang 8 orang abang pun cadang tak nak amik orang reramai kang pennin kepala lak.Insyaallah awal bulan jun ni kitowang nak buat meeting pertama dan masa tulah kitowang nak pilih nama kumpulan......ni lagi satu penin agaknya nama kumpulan ape yang sesuai yek....kalau saesape yang ade idea tu kongsilah yer.
Kowang nak tau abang ni minat giler ngan Noraniza idris.Abang start minat kak ani ni sejak munculnya album awalah dondang.Album album sebelum tu abang kurang tau sebab abang ni mianat lagu lagu etnik tak kira lah etnik ape.Tapi abang taklah membataskan pendengaran dengan lagu lagu etnik je lagu lagu baru pun layan gak simple plan, maroon5,green day fatboyslim semua abang minat. Artis melayu pun minat gak cam Kak ani, Dayang,Oag dll.Citer pasal kak ani ni abang minat lagu lagu dia sebab lagu dia ni unik dan sedap di dengar so sesape yang minat kak ani boleh le singah kat dia punya forum nih alamatnya
http://www.sawomatang.cjb.net/
oklah sok sambung lagi okie..
satu lagi kalau nak tengok abang punya fotopages nih alamatnya
http://adzigx.fotopages.com
Posted at 09:06 am by nadzigx
Permalink
Tuesday, May 10, 2005
ni nak citer pasal jenis jenis zapin di johor mengikut daerah..
1.Daerah muar- dikenali dengan zapin Lenga dan zapin putar alam
2.Daerah batu pahat- zapin kores, zapin tanjung labuh dan zapin sari
3.Derah pontian-Zapin seri bunian dan zapin parit mustar
4.Daerah mersing-zapin tenglu dan zapin pulau
5.Johor baharu-zapin melayu johor dan zapin pekajang.
Posted at 04:20 am by nadzigx
Permalink
Saturday, May 07, 2005
lagu zapin dan alat muzik zapin
Citer pasal lagu zapin.
Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus,rebana,gendang dan marakas.Petikan gambus untuk membawakan lagu,sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari.Antara lagu zapin ialah gambus jodoh,gambus naha,ya saidi,sekapur sirih dan lain-lain.
Posted at 06:54 am by nadzigx
Permalink
logo yayasan warisan johor
Yayasan warisan johor diantara pengerak utama zapin di negeri johor
(tabik spring buat yayasan warisan johor)
Logo YWJ
Dari Segi Bentuk
- Bentuk logo adalah seperti kelopak yang dipecahkan kepada lapan bahagian. Lapan bahagian ini bagi melambangkan lapan daerah di Negeri Johor iaitu Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Johor Bahru. Kelopak ini digabungkan untuk menunjukkan satu ikatan yang teguh dan kuat di antara setiap daerah di Negeri Johor.
-Terdapat ukiran tradisional melayu berbentuk kubah pada kelapan-lapan kelopak tersebut melambangkan kekukuhan dan keutuhan 'Yayasan Warisan Johor' yang menjadi payung kepada seluruh pemeliharaan seni dan budaya Negeri Johor
- Bentuk kubah yang wujud melambangkan agama islam yang menjadi teras kepada kebudayaan masyarakat Melayu.
- Kelapan-lapannya dirangkumi lingkungan bingkai yang menuju ke tengah reka bentuk menunjukkan penyatuan arah yang melambangkan kejituan nilai-nilai islam.
- Keenam belas bingkai ikatan, melingkar berselang-seli di antara satu sama lain melambangkan kekukuhan ikatan yang padu di antara kelapan-lapan buah daerah dalam Negeri Johor.
- Di bahagian tengah logo ini dimasukkan bentuk tulisan jawi khat naskh yang berbunyi "YAYASAN WARISAN JOHOR"
- Tulisan Khat Yayasan Warisan Johor berbentuk bulat mewakili semangat waja Yayasan Warisan Johor dan kebulatan tekad serta kesucian hati dalam menjalankan peranannya memelihara Warisan Seni Budaya Bangsa khususnya di Negeri Johor
- Keseluruhan reka bentuk logo ini menunjukkan unsur-unsur dan ciri-ciri ukir Melayu tradisional yang menjadi teras pada seni dan budaya Negeri Johor.
Dari Segi Warna
Warna Biru
- Ia melambangkan salah satu warna bagi bendera Negeri Johor. Ini melambangkan kestabilan, keharmonian dan kemakmuran.
Warna Keemasan ( Gold )
- Melambangkan Negeri Johor kaya dengan khazanah warisan yang amat bernilai dan berguna kepada masyarakat dan generasi akan datang.Warna Perak ( Silver )
- Menampilkan kegemilangan hasil warisan serta menjadi kebanggaan masyarakat terutamanya di Johor dari dulu, kini dan selamanya.
Warna Putih
- Melambangkan kesucian hasrat dan cita-cita Yayasan Warisan Johor dalam memperjuangkan warisan seni budaya bangsa agar tidak pupus ditelan zaman.
sumber di petik dari yayasan warisan johor
http://www.ywj.gov.my/main.html
Posted at 06:36 am by nadzigx
Permalink
Posted at 05:33 am by nadzigx
Permalink
|
|
|
 |
 |
|  |
 |
Penafian : Pihak Abang Nasa tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
|
 |
 |
|  |
|
|
 |